Wednesday, 23 March 2011
Takkan Sekali (2011)
Takkan sekali aku lupa tentang mu
takkan sekali aku lupa menanya kabar diri mu
takkan sekali aku cuba menyakiti mu
selagi hayat dikandung badan
selagi itu kan aku terus mendekati mu
walau cuma di fb
walau cuma di alam maya
walau cuma di alam ciptaan manusia
kesihatan mu penting bagi ku
keceriaan mu penting untuk ku
kehidupan mu biarlah disulami kegembiraan & kesenangan abadi
membelah dinding jika diarah
jika hanya itulah dapat membawa hati ku menawan hati mu
Selagi aku bernafas di bumi ini
biarlah aku memuji sebuah kehebatan ciptaan Tuhan Maha Agung
seorang insan yg istimewa
yg pasti menjadi dambaan setiap para lelaki di muka bumi
kan menanti mu di syurga jika di bumi bukan untukku
selagi itulah akan ku nantikan diri mu
~awaN~
10 Januari 2011 5.46 ptg Isnin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment