Wednesday, 23 March 2011

Doa Ku (2010)

Doa Ku 29 September 2010 Awan Barakbah

Ya Allah Ya Tuhanku
cekalkan lah hati para gadis yang aku kenali ini
berikan dia sebuah ketabahan hati
berikan dia satu semangat yang waja
untuk menempuh hidup yang pancaroba
permudahkan dia dalam segala urusan dunia mahupun akhirat

kerana diri ku mau melihat dirinya gembira
kerana diri ku mau melihat dirinya ceria
kerana diri ku mau melihat dirinya sempurna segalanya
Ya Tuhan ku
murahkanlah rezeki-Mu untuk si dia ini
permudahkanlah untuk beliau mendapat pekerjaan yg lebih baik
permudahkanlah untuk semua urusan keluarganya
berkatilah & rahmatilah kepada setiap ahli keluarganya

lindungilah dia & keluarganya
jauhkanlah mereka daripada segala malapetaka & bencana
dekatilah diri mereka dengan cahaya keagungan-Mu Ya Tuhan ku
sinarilah hidup mereka dengan keimanan & ketaqwaan

Ya Tuhan ku
ku pohon pada Mu
ku pinta pada Mu
makbulkanlah segala doa ku
agar si dia yg aku kenali ini mencapai segala apa yg dihajatinya
baek di dunia mahupun akhirat
InsyaAllah...Amin ya Rabbal Alamin

No comments:

Post a Comment