Wednesday, 23 March 2011

Takkan Sekali (2011)



Takkan sekali aku lupa tentang mu
takkan sekali aku lupa menanya kabar diri mu
takkan sekali aku cuba menyakiti mu

selagi hayat dikandung badan
selagi itu kan aku terus mendekati mu
walau cuma di fb
walau cuma di alam maya
walau cuma di alam ciptaan manusia

kesihatan mu penting bagi ku
keceriaan mu penting untuk ku
kehidupan mu biarlah disulami kegembiraan & kesenangan abadi
membelah dinding jika diarah
jika hanya itulah dapat membawa hati ku menawan hati mu

Selagi aku bernafas di bumi ini
biarlah aku memuji sebuah kehebatan ciptaan Tuhan Maha Agung
seorang insan yg istimewa
yg pasti menjadi dambaan setiap para lelaki di muka bumi

kan menanti mu di syurga jika di bumi bukan untukku
selagi itulah akan ku nantikan diri mu

~awaN~
10 Januari 2011 5.46 ptg Isnin

Di Sebalik Awan (2010)






Di Sebalik Awan (6 Oktober 2010 12.50 a.m)

Ku berdoa
ku menyerah segalanya
ke hadrat Ilahi
agar membawa rahmat ke seluruh alam
untuk setiap manusia

tak kira siapa
tak kira bangsa
tak kira agama
biar dunia aman sentosa

bebaskanlah Palestin
bebaskanlah Iraq
bebaskanlah Afghanistan
itu saja pinta ku
kerana kebebasan itu untuk semua

bukan hanya untuk satu bangsa
bukan hanya untuk satu negara
tapi untuk semua umat manusia

hentikanlah bedilan
hentikanlah tembakan
hentikanlah pembunuhan
hentikanlah penzaliman
hentikanlah pencabulan

kembalikanlah kegemilangan
kembalikan sebuah sinar harapan
untuk setiap ummat manusia
untuk mencapai kehidupan bermakna

hanya itulah pesan ku

Aku Manusia Biasa (2005)

Aku Manusia Biasa


Aku..  
aku hanya manusia biasa
aku tak kacak
aku tak kaya
aku tak macho

lihatlah...
lihat
ada apa dengan aku??
tiada apa
hanya nama dan diri ku
yg ku banggakan

oh Tuhan!
aku berserah padamu
aku terima apa saja
kerna semua ini takdir
aku tahu
aku faham
hidup ini bukan selamanya

pasti kan mati jua


Author:syed awan Barakbah Masa:26 Julai 2005 9.50mlm

Masa (2005)

Masa

Aku rindukan kemeriahan
membuat diriku bahagia
bergembira bersama rakan
segala jenaka dikongsi
bersama...
tapi itu dulu
kian lenyap
ditelan masa
masa berlalu pantas
rasanya diriku makin tua
makin aku meningkat dewasa
selamat tinggal dunia remaja
buat ku lebih dewasa
tuk dugaan melanda
menempuh segala halangan
dengan tenang
kerana ku pasti
kenangan takkan bisa ku
lupakan...
biar sampai mati

Author:Syed Awan Barakbah
Hari:Ahad 15 May 2005
Time:7.00 ptg

Doa Ku (2010)

Doa Ku 29 September 2010 Awan Barakbah

Ya Allah Ya Tuhanku
cekalkan lah hati para gadis yang aku kenali ini
berikan dia sebuah ketabahan hati
berikan dia satu semangat yang waja
untuk menempuh hidup yang pancaroba
permudahkan dia dalam segala urusan dunia mahupun akhirat

kerana diri ku mau melihat dirinya gembira
kerana diri ku mau melihat dirinya ceria
kerana diri ku mau melihat dirinya sempurna segalanya
Ya Tuhan ku
murahkanlah rezeki-Mu untuk si dia ini
permudahkanlah untuk beliau mendapat pekerjaan yg lebih baik
permudahkanlah untuk semua urusan keluarganya
berkatilah & rahmatilah kepada setiap ahli keluarganya

lindungilah dia & keluarganya
jauhkanlah mereka daripada segala malapetaka & bencana
dekatilah diri mereka dengan cahaya keagungan-Mu Ya Tuhan ku
sinarilah hidup mereka dengan keimanan & ketaqwaan

Ya Tuhan ku
ku pohon pada Mu
ku pinta pada Mu
makbulkanlah segala doa ku
agar si dia yg aku kenali ini mencapai segala apa yg dihajatinya
baek di dunia mahupun akhirat
InsyaAllah...Amin ya Rabbal Alamin

Kisah Klasik (2010)

Kisah Klasik (cloud Barakbah 3.33 a.m 3rd February 2010)
kepada mu kekasih....
aku berserah pada Tuhan
jika kau miliku...pasti kan ketemu jua sama kamu
Tuhan itu Maha Mendengar
ku pasti...dikau kan ku miliki
tak kira jua apa yg cuba menghalangi
kan aku terus redahi
mengelilingi setiap galaksi
untuk mencari dan memiliki
setiap pelusuk alam semesta ini
untuk diberikan pd dikau wahai kekasih hati
sungguh pun masa belum mengizinkan
biar lah aku meluahkan
segala apa yg terbuku
tersirat terpendam di hati
selama ini
buat dikau untuk direnungi
jika hayat ku tidak berpanjangan
biarlah puisi ini menjadi nukilan abadi untuk dirimu
jika hayat ku berpanjangan...biar ia menjadi perhiasan yg indah dalam hidup kita
telah ku lupakan segala kisah silam ku
yg penuh tragis,sedih,hiba
sebuah kisah klasik...yg hanya Tuhan Maha Agung memahaminya
sampai ketemu di suatu hari nanti
apakah kan ku memenangi hati mu,wahai sang puteri???

Puisi Untuk Mu (2010)

Puisi Untuk Mu – Awan Barakbah 29th July 2010 6.14 p.m

Di kala ini
Diriku masih asing buat mu
Misteri umpama kaum mayan yang hilang
Apatah jua puisi-puisi ku
Umpama bait-bait lagu nan syahdu
Tuk cuba mengalunkan melodi yang indah
Untuk menenangkan hati yang sunyi sepi
Di setiap pertemuan
Di setiap perkenalan
Inilah sebuah permulaan

Bertemu sama si gadis
Yang datang tiba-tiba
Apakah dia bidadari yang dtg menjelma?
Di setiap nyalaan lilin
Di setiap gemerlapan lampu
Oh wajahmu lebih sungguh berseri
Menerangi sebuah malam nan indah
ditemani sang bintang yang setia
bersama sang pungguk yang ternantikan sang teman

usah bersedih wahai sang bidadari
kesedihan mu adalah kesedihan ku
hidup mati pasti datang menjelma
terimalah ia seadanya
kerna nasib kita serupa
adalah tugas ku untuk mengembirakan mu
jika itulah takdir pengciptaan diriku di bumi ini

sebuah persahabatan
yang cuba kan ku kekal
sampai ke tua
walau jika pun diri mu sang puteri
bukan milikku untuk dicintai

si puteri cekalkan hati
si puteri kuatlah semangat
diriku senantiasa di belakang mu
menyokong,melindungi mu walau jauh
walau tak kenal sekali pun
kerna Tuhan mencipta ku hanya untuk satu
untuk mengembirakan mu